"dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta dan melakukan dosa yang amat nyata..." --- Surah An Nissa' (ayat 112)

kenangan terindah..


hampir sebulan tak menulis apa2 di blog ini - kesedihan menyelubungi hati dan perasaan kerana saat2 meninggalkan alam pekerjaan yang amat ku cintai ini hampir tiba.. 34 tahun aku di SSBK ini - terlalu banyak kenangan... suka/duka, pahit/manis dan segala-galanya bermula di sini..
Mug ini adalah satu2 nya kenangan dari seorang insan yang bergelar SAHABAT.. sehingga ke hari ini aku masih menggunakan mug ini dan akan terus ku jaga dgn sebaik-baiknya.. walau pun jauh dimata namun dihati tetap tak lupa..

1 comments:

Assalamualaikum wmb. Saya salut la Kak Mie sebab ada blog sendiri lagi... Dikejauhan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada kak Mie jika selama kita bertugas bersama sama dulu,saya ada melakukan kesalahan atau kesilapan yang mungkin menyinggung perasaan kak Mie. Saya doakan semuga Kak Mie sekeluarga sentiasa sihat dan gembira walaupun sudah bersara...

Post a Comment