"dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta dan melakukan dosa yang amat nyata..." --- Surah An Nissa' (ayat 112)

ZUNAR TERBIT MAJALAH KARTUN TERBARU






Penerbitan majalah Isu Dalam Katak

Sepakat Efektif mengumumkan penerbitan majalah terbaru berjudul "Isu Dalam Katak (Kartun)". Seperti keluaran terdahulu, karya-karya kartun dalam keluaran ini mengupas isu-isu politik dan sosial semasa. Kulit depannya (dilukiskan oleh Zunar dan Nur) memaparkan lukisan watak seorang lelaki yang tertulis "PM" di bajunya kelihatan gembira dikelilingi beberapa ekor katak yang berbunyi "Ong! Ongkos!".



Selain itu, di dalam juga terdapat 10 muka surat yang dinamakan "wilayah katak". Seksyen ini dipenuhi dengan karya-karya menyindir ahli politik PR yang melompat seperti ruangan "Wikipakdia" yang mengupas spesis-spesis katak di Malaysia, kartun "PM and Frog" dilukis seperti poster filem animasi Walt Disney "Princess and Frog" dan lain-lain lagi.Antara yang menarik dalam keluaran kali ini ialah 12 muka surat kartun khas tentang kes titnah Kedua terhadap Anwar Ibrahim.

Dengan tajuk "6 Jahanam", kisah dimulakan dengan membongkar kepincangan yang berlaku dalam konspirasi pertama pada 1998 dahulu seperti watak hakim yang menolak apa saja bukti yang dikemukakan dengan ayat popular "tak relevan!", tawaran kepada peguam supaya bekerjasama dalam konspirasi, tilam diusung, kesalahan menaip dan lain-lain lagi. Kemudian episod konspirasi kedua bermula dengan kepincangan yang berlaku apabila laporan pakar perubatan menunjukkan tiada kesan tusukan tetapi pendakwaan tetap diteruskan, bagaimana si pendakwa tidak buang air besar tiga hari dan dolak-dalih PM tentang pertemuannya dengan si pendakwa.

Kartun khas yang dilukiskan oleh Jonos, Ronasina dan Art ini diakhiri dengan lukisan wajah ulama tersohor dunia Syeikh Yusof Qardhawi yang telah mengeluarkan fatwa khas tentang sesiapa yang menjayakan fitnah ini.

Keluaran kali ini juga menyiarkan komik "Dari Kerana Mata" yang menghimbau kembali tragedi mata lebam Anwar Ibrahim ditumbuk Ketua Polis Negara pada masa itu. Gerakan Mansuh ISA (GMI) juga menyumbangkan idea untuk keluaran kali ini bagi menyedarkan masyarakat tentang zalimnya akta drakonian ini. GMI mengajak rakyat Malaysia berjuang agar ISA dihapuskan, bukannya dipinda seperti yang diomongkan kerajaan.


Ruangan-ruangan yang dikekalkan seperti keluaran sebelum ini ialah "Ragam Datuk Nazak" (kisah PM dan isterinya), 2 Tun dan Kutu Jebon (Ronasina), Warung Pak Emjal (Art), dan Nostalgia 98 (Enot). Kartunis penyumbang ialah Haili, Enot, Nur, Abdullah Jones, Roy, Rockafalas, Madsein, Kidol dan Ubilepih.Juga turut memuatkan artikel penulis-penulis seperti Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin, Aki Lanang dan Tok Wan.

Majalah ini adalah sebuah majalah yang mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (PP16565/12/2010(026185). Ia mempunyai ketebalan 84 muka surat dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 15, 000 naskah dan akan diedarkan ke seluruh negara.

Ia juga boleh dibeli secara online melalui

Website: http://www.cartoonkafe.com/store/ atau

Talian 03- 22744931.
ZunarPengarah Urusan/Ketua Pengarang
Sepakat Efektif Sdn Bhd23 Mac 1003 22744931cartoonkafe@gmail.com

Sumber: http://wrlr.blogspot.com/


Read More......

SUARA DARI LANGIT ???

Suara dari langit

SEREMBAN: “Saya menerima arahan untuk melakukannya. Saya diarahkan suara dari langit,” kata seorang bekas pegawai bank yang mengaku bersalah atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Rasidi Ismail, 32, berkata demikian ketika menjawab soalan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Tertuduh menghadapi tuduhan membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di No 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh, antara jam 7 pagi hingga 11 pagi pada 5 Januari lalu.

Rasidi yang mengaku memahami pertuduhan itu turut mengaku membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; nenek, Sufiah Katas, 80 dan datuk, Atan Daud, 87, di rumah tidak bernombor di kampung sama antara jam 7 pagi hingga 11 pagi pada hari sama.

Ahmad Nasfy menjelaskan kepada Rasidi hukuman yang boleh dijatuhkan ke atasnya akibat pengakuan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mahkamah sudah melantik peguam bela, Hanif Hassan yang akan mewakilinya.

“Mahkamah melantik peguam bela mewakili kamu dalam sebutan semula kes ini. Saya ingin menjelaskan hukuman bagi kesalahan membunuh ialah gantung. Sekarang, mahkamah mahu mengetahui mengapa kamu mengaku bersalah?“ katanya.

Rasidi menjawab: “Saya menerima arahan melakukannya. Saya diarahkan suara dari langit,” katanya.

Ahmad Nasfy berkata, mahkamah boleh menggunakan Seksyen 342 (1) Kanun Acara Jenayah membolehkan majistret, hakim, dan pendakwa raya memohon siasatan bagi menentukan sama ada tertuduh cukup sihat untuk dibicarakan.

Hanif bangun dan meminta pengakuan tertuduh sebelum itu ditolak dan tidak direkodkan. Beliau meminta mahkamah mengarahkan penilaian psikiatri terhadap tertuduh mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Acara Jenayah.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin, berkata syarat itu bertujuan memastikan tertuduh cukup sihat mengaku bersalah serta mengikut prosiding mahkamah dan dia perlu dihantar pemerhatian satu pasukan psikiatri untuk tempoh 30 hari.

Ahmad Nasfy berkata selepas mendengar sebab awal tertuduh mengaku bersalah, beliau mempunyai sebab mempercayai Rasidi ketika ini tidak cukup sihat mengikuti perbicaraan.

“Mahkamah mengarahkan tertuduh dihantar pemerhatian psikiatri di hospital mental selama sebulan,” katanya.

Beliau menetapkan sebutan semula kes itu pada 22 April depan.

Ahli keluarga tertuduh termasuk ibu, Saharah Atan, 59, hadir mahkamah, semalam. - Mymetro

Read More......

ALFATIHAH...Tan Sri Sulaiman Daud Meninggal Dunia

Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia

Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.

Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di Kuala Lumpur.

Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lalu, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.

Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Sulaiman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu
, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an. - Bernama

Read More......

FTINAH 2: PERCAYA ATAU TIDAK ???

Salam pertemuan..

sudah terlalu lama tidak berkesempatan untuk menulis di blog ku ini disebabkan terlalu sibuk dengan tugas seharian dipejabat dan dirumah..

Membaca artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman, aku merasa sewajarnya aku memanjangkan tulisan tersebut di blog ku ini buat tatapan kawan-kawan ku yg sudi mengunjungi blog ini sebagai panduan untuk kita semua - Rasanya tak salah untuk kita berkongsi sesuatu demi kebaikan bersama - Insya'Allah...



Petikan Dari Blog: Zaharuddin.net
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum” ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1)Syarat kepada penuduh :
Beraqal
Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

Beraqal
Baligh
Islam
Merdeka diri
BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt .

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Malik berkata :

Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu’bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh’ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

Read More......

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Read More......