"dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta dan melakukan dosa yang amat nyata..." --- Surah An Nissa' (ayat 112)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Read More......

TGNA Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia






















The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh. Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 "Honourable Mention" di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam "Honorable Mention".

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.


Sumber:http://greenboc.blogspot.com/




Read More......

SATELIT BUMI KTN TETAP DIHATI..

enam bulan telah pun berlalu aku meninggalkan Stesen Satelit Bumi Kuantan namun kerinduan masih terpahat di kalbu....tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat aku mencari rezeki selama 34 tahun 2 bulan 10 hari.... aku tidak berpeluang untuk kesana lagi kerana masa & waktu sentiasa tidak menentu walaupun jarak rumahku hanya mengambil masa kira2 15 minit sahaja namun aku sedar bahawa disitu bukan tempat ku lagi... Aku sentiasa memujuk hatiku supaya dapat menahan segala rasa rindu yg terpendam dikalbu..biarlah segala kerinduan itu dijadikan kenangan yang abadi di lipatan sanubari...

Aku berkesempatan memuatkan beberapa keping gambar2 ini sebagai kenangan buat diriku sendiri dan juga sahabat2 yg sudi berkunjung ke blog ku ini - Insya'Allah akan menyusul lagi gambar2 yg lain..

Read More......

PM & DSAI BERKONGSI SECANGKIR TEH....


RABU: 18 November 2009

KENIKMATAN SECANGKIR TEH DI KONGSI BERSAMA....



Peristiwa ini dirakamkan oleh wartawan Utusan Malaysia kelmarin apabila PM, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa bertemu ahli-ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Minum teh bersama di antara pemimpin BN dan PR di Parlimen bukan perkara luar biasa. Jika kita rajin ke kantin Parlimen, sering kelihatan wakil-wakil rakyat kedua-dua pihak berborak rancak di kantin sambil meneguk minuman ringan. Yang seronoknya baru sebentar tadi di dalam Dewan Rakyat mereka bertekak dan meninggikan suara, tetapi di kantin mereka kembali mesra sambil senyum dan ketawa. Begitulah gelagat pemimpin-pemimpin kita yang ada ketikanya kelihatan begitu profesional dan dapat melupakan batas tugas dan peribadi. Di dalam Dewan mereka perlu berdebat dan bertengkar kerana itulah tugas wakil rakyat, tetapi di kantin, kawan tetap kawan, boleh berkongsi cangkir teh dan kopi yang sama.

Cuma yang sangat jarang atau sukar dilihat ialah apabila pemimpin atasan kita mengadakan jamuan sama ada jamuan kahwin, jamuan raya dan sebagainya, pihak yang satu lagi turut hadir. Alangkah baiknya jika majlis terbuka hari raya PM dan menteri-menteri kabinet tahun hadapan turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang dan pemimpin-pemimpin PR, manakala majlis terbuka hari raya Ketua Pembangkang dan pemimpin PR turut dihadiri oleh PM dan pemimpin-pemimpin BN.

Politik tetap politik, bergasak tetap bergasak, tapi sebagai manusia yang menjunjung profesionalisme, nilai persahabatan perlu dikekalkan. Jangan lupa dalam keadaan apa pun, kita masih berkongsi menghirup oksigen yang sama di dunia yang dipinjamkan cuma seketika ini.

Read More......

TIPS KYUSUK DALAM SOLAT


TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT


Salam perjungan untuk semua sahabat saya yang sentiasa bersama menegakkan syiar Islam, saya sentiasa mendoakan anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat selalu di samping orang yang tersayang. Artikel kali ini saya nak ajak semua pengunjung untuk berkongsi mengenai tips khusyuk dalam solat. Perkara ini penting kerana solat merupakan tiang agama. Solat yang diterima Allah adalah solat yang khusyuk.

Solat juga merupakan rukun Islam yang kedua dan menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menunaikannya. Saya rasa semua orang boleh menunaikan solat sebagai amalan yang diwajibkan Allah, tetapi menjadi masalah ialah menunaikan solat dengan khusyuk ni memang susah dan bukan semua orang boleh dapat perkara ini. Jadi dikesempatan ini saya nak ajak semua yang membaca artikel ini dapat memberikan sedikit pandang untuk kita kongsi bersama dalam ruangan komen blog ini. Dengan segala komen yang anda berikan dapat memberikan manfaat kepada semua umat Islam yang mencari-cari tips bagaimana hendak khusyuk dalam solat.


Tips untuk khusyuk dalam solat ini ialah :
Faktor pemakanan, jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui, contohnya makanan yang bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa. Sunnah nabi, berenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.

Ambil wuduk dengan sempurna jangan ambil wuduk seperti batuk ditangga, kerana wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima ataupun tidak ialah berasal dari wuduknya.

Sebelum memulakan solat disunnatkan kita membaca istiqfar, 3 khul iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas. fadhilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.

Semasa solat hadirkan diri kita seolahnya sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan, sesungguhnya diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala siksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.

Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khusyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.

Kalau boleh dirikanlah solat secara berjamaah kerana berjamaah pahalanya 28 pahala, jika hati kita tidak khusyuk masih ada pahala lagi. Lagipun solat berjamaah ini susah untuk diganggu syaitan. Hal ini berbeza dengan solat berseorangan kerana solat berseorangan pahalanya 1 sahaja jika tidak khusyuk habis ditolak oleh Allah. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.

Read More......

KERANA DIRI MU BEGITU BERHARGA..

dari blog: http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com


Hari ini nak pakai baju mana ya? Inilah persoalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.


Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri. Semuanya kena ambil kira, soal fiqh dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan seseorang itu.

Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah. Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini ana ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran. Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'. Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat. Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung. Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja. Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Apa yang diharapkan adalah adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknati lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam. Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik. Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja. Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.' Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'habis madu sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.Tutplah auratmu, jagalah akhlakmu, peliharalah dirimu. Kerana dirimu begitu berharga ;)


AURAT DIJAGA MARUAH TERPELIHARA


Read More......

LAWAK PAGI AHAD 15 NOV 2009

Dari Blog: http://biaqpila.blogspot.com

Lawak Ahad: Kisah Wanita Takde Email


Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan "Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan." Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.. Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10,lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam

masa 2 jam saja... Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut
dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US... Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya... Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya.... Setelah bersetuju... Penjual insuran berkata..
"Minta email Puan..."
"Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu.
Penjual Insuran terkejut dan berkata:
"Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki computer dan email."
Waita itu menjawab: "Jadi tukang Sapu di Microsoft"

Read More......

MINTA CERAI PERUT TERBURAI !!!!

10 NOVEMBER 2009

Ditikam kerana mahu bercerai

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my

ALOR SETAR - Keengganan seorang isteri untuk berbaik-baik semula dengan suaminya setelah tidak tinggalbersama sejak dua bulan lalu membawa maut kepada wanita itu.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan di sini semalam, Zabedah Ali, 73, mati terkena tikaman oleh lelaki dipercayai suaminya sendiri di pekarangan rumah mangsa.

Mangsa ditikam dengan pisau selepas suaminya yang berusia 75 tahun gagal memujuk isterinya untuk tidak bercerai.

Bapa saudara Zabedah, Mustafa Ahmad, 80, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dalam proses memujuk mangsa, tercetus perang mulut di antara pasangan suami isteri itu.

"Suspek ada kata, dia mahu ajak Zabedah mati bersama. Selepas gagal pujuk Zabedah, ketika suspek mahu bersalam dengan Zabedah dia terus menikam di sebelah kiri perut Zabedah guna pisau," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mustafa, pisau tersebut dipercayai dibawa oleh suspek dari rumahnya di Kuala Kedah.

Mustafa memberitahu, selepas menikam mangsa, suspek cuba melarikan diri namun anak tiri Zabedah yang berada di tempat kejadian mengejarnya dan menahan lelaki itu.

Read More......

BONUS: Kenyataan President Cuepacs

Bonus permintaan kongres

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

KUALA LUMPUR: Presiden Cuepacs, Omar Osman, mendakwa tindakannya yang meminta bonus dua bulan membabitkan 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam adalah suara kongres bukan permintaan individu sehingga dilabelkan salah dari segi moral.

Pada masa sama, beliau memahami kesulitan masalah ekonomi negara yang tidak stabil, namun itu hanyalah permintaan yang dilakukan mewakili kongres, bukannya mendesak atau perbuatan melampau untuk mendapatkan bonus berkenaan.

Katanya, beliau terima dan hormati teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun sedikit kecewa kerana permintaan Cuepacs itu dilabelkan salah dari segi moral.

“Perlu faham, bonus itu hanya permintaan bagi menyuarakan hasil mesyuarat kongres pada semua peringkat termasuk Sabah dan Sarawak, kalau tak mahu bagi, Cuepacs tak mengamuk.

“Bukannya kita desak kerajaan sehingga perlu menunaikan bonus dua bulan itu. Apabila kerajaan mengumumkan RM500 untuk semua kakitangan dan bekas pesara awam, Cuepacs ingat ada imbuhan susulan daripada bajet yang dibentangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri tindakan Cuepacs menuntut dua bulan bonus untuk 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya adalah salah dari segi moral.

Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya membandingkan kakitangan awam dengan swasta dari segi kemudahan termasuk bonus tahunan kerana ia mempunyai jarak yang luas.

“Setiap tahun kakitangan swasta memperoleh bonus yang banyak dan Cuepacs hanya meminta bonus dua bulan gaji.

“Permintaan itu dibuat oleh saya selaku presiden bagi memperjuangkan hak kakitangan awam dan tidak pernah terfikir untuk memperoleh populariti di kalangan penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata, apa yang dilakukan itu mengikut landasan betul dan menganggap tidak salah sekiranya setiap persatuan yang ada membuat permintaan terhadap pihakkerajaan.

“Saya meminta pada landasan yang betul, saya pun tidak faham maksud Perdana Menteri yang menganggap permintaan saya adalah salah dari segi moral.

“Namun, sebagai seorang presiden yang sudah bersama Cuepacs sejak 35 tahun lalu, teguran itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus memperjuangkan hak kakitangan awam pada masa akan datang.

“Paling penting, sebagai kakitangan yang paling dekat dengan kerajaan, mereka wajar memperoleh kemudahan yang sepatutnya,” katanya.

Read More......