"dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta dan melakukan dosa yang amat nyata..." --- Surah An Nissa' (ayat 112)

HARI-HARI YANG BERLALU..

lama tak menulis di blog.. banyak sgt benda2 yg terpaksa aku hadapi membuatkan aku tak berkesempatan untuk membuka pc..


Isnin 23 Jun 2009 tepat jam 12.00 tgh aku pengsan di kebunku di Pekan - mungkin kepenatan atau sebab2 lain aku sendiri pun tak tahu.. Syukor Alhamdulillah aku masih di beri kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini dan mungkin ini petanda awal perjalanan hidup ku telah menuju ke destinasi terakhir ..... Aku redha dgn ketentuan Ilahi..

Ahad 28 Jun 2009 +- 9.00 pagi suamiku pulak pengsan di hadapan pagar rumahku dikala baru nak mencuci kereta.. aku benar2 panik dan terus membawa ke klinik berhampiran.. tekanan darah terlalu rendah (BP 80/60) - aduhaiiiiiiiiii ini lah ujian hidup di penghujung usia ini. Dihari yang sama +- 3.30 ptg sahabat karib ku (Faridah & Ariffin serta anaknya) ada datang kerumah ku setelah hampir 4 tahun mereka tak datang kerumah ku ini.. kali terakhir kami bertemu di Kelana Jaya 10 Dis 2005 ketika mereka sekeluarga menghantar aku untuk berangkat ke Mekah.

Alhamdulillah... kesedihan dihati terubat jua kerana masih ada insan yg sudi berjumpa..

Isnin 29 Jun 2009 hingga Khamis 2 Julai 2009 aku berulang alik membawa suamiku ke hospital untuk mendapatkan rawatan - Alhamdulillah... sekarang dah beransur pulih.




2 comments:

Assalamualaikum wmb.
Saya doakan semuga Kak Mie dan Abang Salleh akan sembuh seperti sediakala dengan segera. Rajin rajin makan ubat. Tentu Kak Mie happy bila jumpa sahabat lama yang datang berkunjung (Idah dan Ariffin). Amacam diaorang tu, sihat ke? Sekali lagi saya doakan Kak Mie dan Abang Salleh sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Zul Labuan.

wa'alaikumussalam..
Alhamdulillah kami berdua dah sehat - memanglah....bila jumpa kwn lama rasanya tak cukup masa nak bercakap - Allah saja yg tahu betapa gembira dihati ni. Terima kasih zul kerana sudi singgah di blog kak mie ni - ini sajalah penghibur hati di kala duka dan disaat hati benar2 rindu pada kwn2 lama..

Post a Comment