NISFU SYA'ABAN
Assalamualaikum..
  Lama aku menyepi diri tidak menulis di blog ku ini namun  di  malam yang penuh dengan  keberkatan iaitu MALAM NISFU SYA’ABAN ini aku mengambil kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di halaman blog ku ini..
Malam Nisfu Syaaban dimana buku amalan kita  diangkat dan digantikan dengan buku yang  baru. Di harapkan semoga anak2 ku, saudara mara ku sahabat2 ku dan seluruh umat islam  berada  dalam rahmat Allah hendaknya..
  Munculnya Nisfu Syaaban menandakan, bulan yang dinanti iaitu RAMADHAN  akan menjelma dalam 15 hari lagi, bersama kita mengucapkan syukur dan berdoa agar kita semua berpeluang untuk menjadi tetamu Ramadhan Al Mubarak. Sama-samalah kita mempersiapkan diri untuk meningkatkan amalan lebih dari tahun-tahun  sebelumnya.
  Pada malam Nisfu Syaaban, dikatakan Allah akan turun ke Langit Dunia, oleh itu bersamalah  kita bangun mengabdikan diri padaNYA. Firman Allah..  “Sesiapa yang meminta Ampun, maka AKU akan  mengampuninya, mereka yang ditimpa bala bencana, AKU akan lepaskanya & mereka yang meminta rezeki, AKU akan berikan Rezeki padanya". Bersama kita berdoa kepadaNYA semoga kita semua dipanjangkan umur,di murah rezeki dan Ditetapkan Iman serta Mati dalam Kalimah Syahadah…. Insya’Allah
  Amin Ya Rabbal Alamin...
Posted by suarahati salmie | Permalink | 0 comments

 
 





