ZUNAR TERBIT MAJALAH KARTUN TERBARU

Penerbitan majalah Isu Dalam Katak
Sepakat  Efektif mengumumkan penerbitan majalah terbaru berjudul "Isu Dalam  Katak (Kartun)". Seperti keluaran terdahulu, karya-karya kartun dalam  keluaran ini mengupas isu-isu politik dan sosial semasa. Kulit depannya  (dilukiskan oleh Zunar dan Nur) memaparkan lukisan watak seorang lelaki  yang tertulis "PM" di bajunya kelihatan gembira dikelilingi beberapa  ekor katak yang berbunyi "Ong! Ongkos!".
 Selain itu, di dalam juga terdapat 10 muka surat yang  dinamakan "wilayah katak". Seksyen ini dipenuhi dengan karya-karya  menyindir ahli politik PR yang melompat seperti ruangan "Wikipakdia"  yang mengupas spesis-spesis katak di Malaysia, kartun "PM and Frog"  dilukis seperti poster filem animasi Walt Disney "Princess and Frog" dan  lain-lain lagi.Antara yang menarik dalam keluaran kali ini ialah 12  muka surat kartun khas tentang kes titnah Kedua terhadap Anwar Ibrahim.

 Dengan tajuk "6 Jahanam", kisah dimulakan dengan  membongkar kepincangan yang berlaku dalam konspirasi pertama pada 1998  dahulu seperti watak hakim yang menolak apa saja bukti yang dikemukakan  dengan ayat popular "tak relevan!", tawaran kepada peguam supaya  bekerjasama dalam konspirasi, tilam diusung, kesalahan menaip dan  lain-lain lagi. Kemudian episod konspirasi kedua bermula dengan  kepincangan yang berlaku apabila laporan pakar perubatan menunjukkan  tiada kesan tusukan tetapi pendakwaan tetap diteruskan, bagaimana si  pendakwa tidak buang air besar tiga hari dan dolak-dalih PM tentang  pertemuannya dengan si pendakwa.

Kartun khas yang dilukiskan oleh  Jonos, Ronasina dan Art ini diakhiri dengan lukisan wajah ulama  tersohor dunia Syeikh Yusof Qardhawi yang telah mengeluarkan fatwa khas  tentang sesiapa yang menjayakan fitnah ini.
Keluaran kali ini  juga menyiarkan komik "Dari Kerana Mata" yang menghimbau kembali tragedi  mata lebam Anwar Ibrahim ditumbuk Ketua Polis Negara pada masa itu.  Gerakan Mansuh ISA (GMI) juga menyumbangkan idea untuk keluaran kali ini  bagi menyedarkan masyarakat tentang zalimnya akta drakonian ini. GMI  mengajak rakyat Malaysia berjuang agar ISA dihapuskan, bukannya dipinda  seperti yang diomongkan kerajaan. 
 Ruangan-ruangan yang dikekalkan seperti keluaran sebelum  ini ialah "Ragam Datuk Nazak" (kisah PM dan isterinya), 2 Tun dan Kutu  Jebon (Ronasina), Warung Pak Emjal (Art), dan Nostalgia 98 (Enot).  Kartunis penyumbang ialah Haili, Enot, Nur, Abdullah Jones, Roy,  Rockafalas, Madsein, Kidol dan Ubilepih.Juga turut memuatkan artikel  penulis-penulis seperti Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin,  Aki Lanang dan Tok Wan.

Majalah ini adalah sebuah majalah yang  mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam  Negeri (PP16565/12/2010(026185). Ia mempunyai ketebalan 84 muka surat  dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah  sebanyak 15, 000 naskah dan akan diedarkan ke seluruh negara.
Ia  juga boleh dibeli secara online melalui
Website: http://www.cartoonkafe.com/store/  atau
Talian 03- 22744931.
ZunarPengarah Urusan/Ketua  Pengarang
Sepakat Efektif Sdn Bhd23 Mac 1003  22744931cartoonkafe@gmail.com
Sumber: http://wrlr.blogspot.com/
Read More......