"dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta dan melakukan dosa yang amat nyata..." --- Surah An Nissa' (ayat 112)

SATELIT BUMI KTN TETAP DIHATI..

enam bulan telah pun berlalu aku meninggalkan Stesen Satelit Bumi Kuantan namun kerinduan masih terpahat di kalbu....tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat aku mencari rezeki selama 34 tahun 2 bulan 10 hari.... aku tidak berpeluang untuk kesana lagi kerana masa & waktu sentiasa tidak menentu walaupun jarak rumahku hanya mengambil masa kira2 15 minit sahaja namun aku sedar bahawa disitu bukan tempat ku lagi... Aku sentiasa memujuk hatiku supaya dapat menahan segala rasa rindu yg terpendam dikalbu..biarlah segala kerinduan itu dijadikan kenangan yang abadi di lipatan sanubari...

Aku berkesempatan memuatkan beberapa keping gambar2 ini sebagai kenangan buat diriku sendiri dan juga sahabat2 yg sudi berkunjung ke blog ku ini - Insya'Allah akan menyusul lagi gambar2 yg lain..

2 comments:

La... nyanilah lagu masih kah kau ingat....
he he he.. ada masa pergi la pusing2 kat luar pagar tu... bimbanag kejar dek pengawal pulak nanti... ye lah dah tak jadi staff kan...

kak mie, terasa nak kena siapkan diri diri ni kalau nak pencen masa akan datangnanati, takut rindu-rinduan kat suasana kerja ya. apa-apa pun kak mie sumoga berbahagia

Post a Comment