"dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta dan melakukan dosa yang amat nyata..." --- Surah An Nissa' (ayat 112)

SALAM RAMADHAN


Read More......

NISFU SYA'ABAN

Assalamualaikum..

Lama aku menyepi diri tidak menulis di blog ku ini namun di malam yang penuh dengan keberkatan iaitu MALAM NISFU SYA’ABAN ini aku mengambil kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di halaman blog ku ini..

Malam Nisfu Syaaban dimana buku amalan kita diangkat dan digantikan dengan buku yang baru. Di harapkan semoga anak2 ku, saudara mara ku sahabat2 ku dan seluruh umat islam berada dalam rahmat Allah hendaknya..

Munculnya Nisfu Syaaban menandakan, bulan yang dinanti iaitu RAMADHAN akan menjelma dalam 15 hari lagi, bersama kita mengucapkan syukur dan berdoa agar kita semua berpeluang untuk menjadi tetamu Ramadhan Al Mubarak. Sama-samalah kita mempersiapkan diri untuk meningkatkan amalan lebih dari tahun-tahun sebelumnya.

Pada malam Nisfu Syaaban, dikatakan Allah akan turun ke Langit Dunia, oleh itu bersamalah kita bangun mengabdikan diri padaNYA. Firman Allah.. “Sesiapa yang meminta Ampun, maka AKU akan mengampuninya, mereka yang ditimpa bala bencana, AKU akan lepaskanya & mereka yang meminta rezeki, AKU akan berikan Rezeki padanya". Bersama kita berdoa kepadaNYA semoga kita semua dipanjangkan umur,di murah rezeki dan Ditetapkan Iman serta Mati dalam Kalimah Syahadah…. Insya’Allah

Amin Ya Rabbal Alamin...

Read More......

ISRA' MIKRAJ

20 Julai 2009


27 Rejab : Peristiwa Isra' Mikraj, adakah kita semua mengambil pengajarannya?
Tanggal 27 Rejab, umat Islam seluruh dunia pastinya akan mengingati suatu peristiwa agong yang tercatat di dalam al-Quran, Isra' Mikraj. Israk maknanya perjalanan Nabi Muhammad saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis. Sementara Mikrajnya pula ialah perjalanan Nabi dari Masjidil Aqsa ke sidradul Muntaha di lapisan langit yang ketujuh. Firman Allah bermaksud:
Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Dalam peristiwa agong ini, Allah SWT telah memeperjalankan hambanya, Nabi Muhammad saw pada malam hari setelah baginda merasa terlalu sedih dengan hinaan dan cacian dalam menyampaikan dakwah Islamiyah di Tanah Arab. Oleh itu saudara semua, jika ada isteri, anak-anak, ataupun ahli keluaga yang sedih, 'tention', maka hendaklah kita membawanya keluar bersiar-siar. Mudah-mudahan kesedihannya itu hilang.

Dalam perjalanan tersebut, nabi kita telah diperlihatkan pelbagai peristiwa yang bakal terjadi dan akibatnya daripada perbuatan manusia di dunia ini. Banyak pengajaran yang dapat kita ambil buat pedoman daripada peristiwa ini.

Majlis-majlis sambutan Isra' Mikraj dibuat di serata masjid, surau-surau. Para penceramah menceritakan satu persatu peristiwa yang dialami oleh Nabi Muhammad saw. Namun, saban tahun, cerita itulah yang dibaca, kisah itulah yang diterjemahkan. Tetapi masyarakat kita tetap tidak berubah. Malah semakain ramai yang tidak bersolat. Apa nak jadi ni. Bila dah besar panjang, nak kahwin, nak ada anak, tetapi kita sebagai suami, sebagai ayah, solat pun tak cukup. Lebih malang lagi, isteri/ibu itu pun tak bersolat juga. Jadi macam mana hendak mendidik anak-anak? Sebab itulah anak-anak lahir dan memebesar dalam keadaan yang tidak mengenal agama.

Harus diingat para ibu bapa, jangan ingat kita telah terlepas tanggungjawab setelah kita menghantar anak-anak ke sekolah sahaja. Sedangkan kita sendiri tidak pernah mengambil tahu hal anak-anak kita terutama dalam hal solat. Kebayakan ibubapa hari ini macam tu lah. Melepaskan tanggungjawab kepada cikgu-cikgu di sekolah. Jangan merasa sedap hati ye.

Apapun kita sebagai umat Islam, haruslah memperingati akan peristwa agong ini. Ambil lah seberapa banyak pengajaran dan tauladan daripada peristiwa ini. Jangan ada lagi generasi kita yang tidak menunaikan solat. Jangan ada lagi generasi kita yang tidak tahu untuk bersolat 5 waktu sehari semalam. Perbaiki solat kita, perelokkan mutu solat kita kian hari. Kepada ibu bapa sekalian, ingatlah jika anak-anak kita tidak solat, kita akan dipertangungjawabkan nanti. Oleh itu, didiklah anak kita bersolat ketika mereka masih kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Read More......

PERJALANAN KE KUALA LUMPUR



gambar semasa menerima Sijil Penghargaan & Cenderahati dari YBhg. Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM

gambar2 lain akan di uploadkan kemudian - Insya'Allah




Ahad 5 Julai 2009 aku dan suamiku ke KL untuk menghadiri majlis Jasamu Di Kenang di PWTC majlis diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2009 ( 3 hari 2 malam) - balik ke Ktn pada Jumaat 10 Julai 2009.

Kepada saudara mara dan kawan2 yg berada di KL - maafkan lah diriku kerana tidak dapat berjumpa walaupun dah samapi ke KL - Masa dan keadaan yang tidak mengizinkan kita berjumpa. Insya'Allah dipanjangkan umur kita akan berjumpa jua..


Read More......

HARI-HARI YANG BERLALU..

lama tak menulis di blog.. banyak sgt benda2 yg terpaksa aku hadapi membuatkan aku tak berkesempatan untuk membuka pc..


Isnin 23 Jun 2009 tepat jam 12.00 tgh aku pengsan di kebunku di Pekan - mungkin kepenatan atau sebab2 lain aku sendiri pun tak tahu.. Syukor Alhamdulillah aku masih di beri kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini dan mungkin ini petanda awal perjalanan hidup ku telah menuju ke destinasi terakhir ..... Aku redha dgn ketentuan Ilahi..

Ahad 28 Jun 2009 +- 9.00 pagi suamiku pulak pengsan di hadapan pagar rumahku dikala baru nak mencuci kereta.. aku benar2 panik dan terus membawa ke klinik berhampiran.. tekanan darah terlalu rendah (BP 80/60) - aduhaiiiiiiiiii ini lah ujian hidup di penghujung usia ini. Dihari yang sama +- 3.30 ptg sahabat karib ku (Faridah & Ariffin serta anaknya) ada datang kerumah ku setelah hampir 4 tahun mereka tak datang kerumah ku ini.. kali terakhir kami bertemu di Kelana Jaya 10 Dis 2005 ketika mereka sekeluarga menghantar aku untuk berangkat ke Mekah.

Alhamdulillah... kesedihan dihati terubat jua kerana masih ada insan yg sudi berjumpa..

Isnin 29 Jun 2009 hingga Khamis 2 Julai 2009 aku berulang alik membawa suamiku ke hospital untuk mendapatkan rawatan - Alhamdulillah... sekarang dah beransur pulih.




Read More......

AL-FATIHAH

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Kakak Sepupu ku Puan Hjh Nurhuda Abu Bakar yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu 20 Jun 2009 dan telah selamat disemadikan pada hari ini Ahad 21 Jun 2009 di Pekan Pahang. Semuga Roh Allahyarhamah di Cucuri Rahmat dan di tempatkan bersama dgn org2 yg beriman dan di kasehi Allah s.w.t. - aminnnn..


Kepada warga Telekom Malaysia, Allahyarhamah adalah ibu kepada Encik Abdul Hamid Faiz (HR Pahang)

Read More......

GAMBAR KENANGAN

bercuti bersama keluarga di Cameron Highland


Read More......

CENDERAHATI PERPISAHAN..

Sebahagian daripada cenderahati yang diterima daripada INO / SSBK dan sahabat2 yang amat di sayangi.

Tiada kata secantik bahasa
yang dapat ku tuliskan untuk meluahkan rasa
Tiada gambar secantik lukisan
yang dapat ku pamerkan untuk tatapan
Sekadar ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga untuk semua..


























































Read More......

JAMUAN PERPISAHAN DI SSBK - Selasa 19.5.2009

19 Mei 2009 (Selasa) - jamuan perpisahan di adakan di SSBK - aku betul2 tak berupaya untuk menghadirkan diri kerana demam & batuk yg terlalu kuat tapi disebabkan beberapa org tetamu khas yg amat ku sayangi dari INO KL ada datang dan kasih sayang ku pada anggota SSBK, aku gagahkan diri kuatkan semangat untuk hadir ke majlis tsb.

Banyak hadiah yg ku terima tapi bukanlah itu yg ku harapkan... aku tetap mengharapkan agar persahabatan akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Janganlah hilang di pandangan mata maka hilang jualah ingatan di hati. Hadiah yang paling berharga bagi diri ku adalah kejujuran & keikhlasan dihati - saling memberi dan menerima kemaafan agar silaturrahim akan terus berkekalan...

Aku benar2 terharu dan amat berterima kasih kepada semua anggota yang terlibat untuk mengadakan majlis tersebut dan amat berterima kasih kepada insan2 yang telah sudi memberikan cenderahati perpisahan - TERIMA KASIH....


Tanggisan Perpisahan..

















































































Read More......

GAMBAR KENANGAN - 11 Mei 2009





sebelum pulang dihari terakhir di SSBK
The Last Punch Card 11.5.2009 - 6.oopm































sebahagian daripada gambar2 kenangan bersama pengurus dan anggota SSBK dihari terakhir

jauh dimata dekat dihati...
walau pun kita tidak bersama lagi
namun hubungan persahabatan biarlah kekal abadi
di dalam hati di lipatan sanubari
abadikanlah dalam sebuah memori













































































Read More......

Sebulan Berlalu...

dah sebulan blog ni tak di updatekan - byk sgt benda2 lain yg nak dibuat - rindu pulak rasanya nak berceloteh di sini.

Sebulan telah berlalu.. aku masih terasa kerinduan untuk bekerja di pejabat - masih belum selesa untuk menjadi suri rumah sepenuh masa walau pun ada ketikanya aku sering kali ke kebun getah & sawit ku di pekan tapi tak byk benda yg dpt ku lakukan kerana belum dpt menyesuaikan diri sebagai petani... tapi aku pasti & yakin aku boleh lakukan nya.. Insya'Allah.

Read More......

Demam & Batuk

dah 2 hari aku demam dan batuk yg agak kuat - seluruh badan terasa sakit2nya. Dah lama juga aku tak sakit tapi baru 5 hari aku bersara badan dah mula lain macam je... harap2 demam ku ini tak melarat sebab banyak benda yg mesti aku lakukan demi meneruskan kehidupan ini.

Sepatutnya semalam (Ahad 17 Mei 2009) aku bercadang nak updatekan blog ini untuk mengucapkan Selamat Hari Telekom kepada seluruh warga Telekom tapi dek kerana badan benar2 tak berdaya terpaksalah dibiarkan saja hari tersebut berlalu begitu je. Hari ni walaupun badan masih lemah dan batuk belum berhenti tapi aku kuatkan juga semangat untuk mengadap pc ni - terasa boring yg amat sgt - bila badan kurang sehat semua benda tak dapat nak dilakukan,,

Read More......

Sedih Di Hati Pilu Di Kalbu...Hari Terakhir Di SSBK





pemandangan di luar bangunan SSBK

hujan terlalu lebat...



Hari terakhir di SSBK (11.5.09) di awal paginya cuaca begitu indah sekali hingga ke jam lebih kurang 4.00 ptg cuaca dah mula gelap menandakan hujan akan turun - Hati & perasaan ku ketika itu tak dapat digambarkan dgn kata2 - ada ketikanya airmata tak dapat nak di bendungkan lagi.. mengalir dan terus mengalir... hasrat ku untuk bergambar di sekitar kawasan SSBK di hari terakhir hancur musnah - hujan turun begitu lebat sekali. Syukor Alhamdulillah.. aku masih berkesempatan untuk bergambar di dalam bangunan sahaja. Walau pun aku telah memiliki koleksi gambar2 yang begitu banyak semasa di SSBK tapi rasanya gambar di hari terakhir ni tentunya menjadi nostalgia yang indah dalam hidup..


Sesuatu yang benar2 menyentuh kalbu dikala doa di bacakan oleh En. Din sebelum aku melangkah masuk ke kereta untuk perjalanan pulang - Dalam keadaan hujan yang terlalu lebat Tn Hj Tumadi, En. Din, Tn Hj Non & En. Rahman bersusah payah mengiringi aku hingga ke pintu kereta - aku benar2 tak dapat menahan sebak di dada - air mata bercucuran bagaikan hujan yang turun seolah-olah mengerti hati dan perasaan ku ketika itu...sepanjang perjalanan air mata ku terus mengalir dan mengalir - hujan pulak masih terlalu lebat dan di Beserah telah di tenggelami banjir - banyak kereta yang tersadai..

Kini semuanya tinggal kenangan...
Kenangan yang terindah yang tak mungkin dapat ku lupakan..


SSBK.. NAMAMU TERPAHAT DI TERATAK KASIH SALMIE..








Read More......

Hari Terakhir Di SSBK


Roses from my loving friend Nor.. TQ so much..

cuaca diluar sana seolah-olah mengerti hati & perasaan ku ketika ini - tak dpt nak digambarkan dgn kata2 - hujan yg turun bagaikan mutiara - saat-saat untuk melangkah pergi hampir tiba...

esok 12 mei 2009 bermulalah era baru dlm hidup ku menjadi suri rumah sepenuh masa meninggalkan alam pekerjaan setelah 34 tahun 2 bulan 10 hari menjadi wanita bekerjaya.. Ya Allah.. kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi perubahan hidup ku ini..

Read More......

Perjalanan Terakhir Di SSBK

hampir 3 bulan tak update blog - busy yang teramat sangat maklumlah dah hampir nak bersara ni macam2 lah perkara2 aneh yang menimpa - hampir setiap hari menitiskan air mata - pandang kiri, pandang kanan, pandang depan, pandang belakang semuanya terselit berbagai memori kehidupan selama 34 tahun 2 bulan 10 hari di SSBK. Hari ini pun nampaknya tak dapat nak berceloteh panjang sebab banyak lagi benda nak di selesaikan cuma cebisan hati dapat berbicara...

Read More......

THANK YOU...


kepada kawan-kawan yang telah membeli JUS INTRA - ribuan terima kasih di ucapkan dan teruskanlah amalan meminum jus ini untuk kesihatan kita. Kepada yang belum mencuba bolehlah mencuba kehebatan JUS INTRA yang diperbuat dari 23 jenis herba ini...
Hari ini dapat RM300.00 dari DD (ROY) extra bonus darinya... TQ Roy..

Read More......

DOA - Jumaat 20 Februari 2009


· Doa ketika hendak tidur

"Dengan nama-Mu Ya Allah..aku baringkan badanku ini dan dengan nama Mu pula kuangkat kembali. Apabila nyawaku Kau cabut maka keampunan Mu yang kuharapkan dan apabilaku Kau biarkan hidup kembali maka peliharalah aku sepatutnya sebagaimana Engkau memelihara nyawa hamba hamba Mu yang bertakwa..."


Bila Allah makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu. Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..

Read More......

kenangan terindah..


hampir sebulan tak menulis apa2 di blog ini - kesedihan menyelubungi hati dan perasaan kerana saat2 meninggalkan alam pekerjaan yang amat ku cintai ini hampir tiba.. 34 tahun aku di SSBK ini - terlalu banyak kenangan... suka/duka, pahit/manis dan segala-galanya bermula di sini..
Mug ini adalah satu2 nya kenangan dari seorang insan yang bergelar SAHABAT.. sehingga ke hari ini aku masih menggunakan mug ini dan akan terus ku jaga dgn sebaik-baiknya.. walau pun jauh dimata namun dihati tetap tak lupa..

Read More......

ADAB MEMOTONG KUKU.... Jumaat 23.1.2009


Read More......

DOA.... Jumaat 16 Januari 2009

“ Ya Allah Tuhan kami,
hindarilah kami dari malapetaka, bala' dan bencana, kekejian dan kemungkaran, sengketa yang beraneka, kekejaman dan peperangan, yang nampak dan tersembunyi dalam negara kami khususnya dan dalam negara kaum muslimin umumnya, sesungguhnya Engkau Ya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah panjangkanlah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikilah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami dengan kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat. sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu….. amin”

Read More......